26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Tuesday, November 2, 2010

920 NELAYAN BAKAL TERIMA BANTUAN . SELAMA NI DIBIARKAN???

SUMBER PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 03 November 2010 02:42
Share
TERIMA KASIH….Ramlie Syukur yang mendahului peserta lain menerima bantuan yang disampaikan oleh Yahya
Oleh : SHAIMON S JUMADI Jurufoto : JUN PACIFICO
TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Datuk Seri Hj Yahya Hussin berkata industri perikanan ia merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting di negeri Sabah. 

Selain menjana pelbagai jenis pekerjaan termasuk sebagai nelayan dan penternak ikan jelas Yahya, sektor ini juga membantu menjana kemasukkan wang asing menerusi hasil eksport produk perikanan ke luar Negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Perikanan Peringkat Negeri di Perkarangan Pejabat Perikanan Sandakan kelmarin. 

Yahya berkata setakat ini produk perikanan daripada Sabah telah dieksport ke lebih daripada 40 buah negara dan pada tahun 2009 Sabah mencatat eksport produk perikanan sebanyak 69.054 tan metrik yang bernilai RM174 juta pada tahun tersebut, ini telah memberikan nilai imbang perdagangan sebanyak RM440 juta kepada negeri Sabah. 

Daripada RM587 juta nilai hasil produk perikanan yang diekport pada tahun 2009, udang termasuk hasil keluaran akuakultur memberikan sumbangan terbesar iaitu sebanyak RM220 juta atau 37.6% dan diikuti oleh ikan hidup keluaran akuakultur bernilai RM125 juta atau 21.3% dan bakinya sebanyak RM241 juta atau 41.1% terdiri daripada pelbagai hasil laut termasuk ikan, sotong, tepung ikan, kerang-kerangan dan sebagainya termasuk rumpai laut.
Kata Yahya lagi mengikut rekod seramai 920 nelayan yang bakal menerima bantuan tersebut adalah jumlah yang merangkumi seluruh Sabah.

Seramai 20 Nelayan yang datangnya dari pelbagai kampung masing-masing telah menerima bantuan tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan. 

Rentetan pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Yahya sempat menyeru dan merayu kepada para pengundi kawasan Batu Sapi agar tidak salah memilih calon untuk meneruskan misi dan visi mereka khusus untuk membangunkan kawasan Batu Sapi dalam aspek pembangunan infrastruktur yang lebih pesat lagi. 

Katanya pembangkang seperti SAPP dan PKR hanya pandai berkata-kata diibaratkan seperti khabar indah dari rupa apa yang mereka boleh buat kalau menangpun yang jadi YB memang untunglah sebab saban bulan dapat gaji buta tetapi kepada para penyokongnya apa yang mereka boleh bagi. 

Kata Yahya, Yong memang pandai bermadah-madah semasa dia jadi Ketua Menteri apa yang dia sudah buat untuk rakyat Sabah kenapa sekarang mahu bela rakyat Sabah kenapa semasa ada jawatan nombor 1 dalam kabinet negeri semuanya tidak terfikir mahu bantu rakyat.
---------------------------
RESPON : BN/UMNO MENIPU RAKYAT... BATU SAPI BUKAN MACAM KAWASAN MAJU DI SEMENANJUNG... PIMPINAN UMNO SABAH HADIR KETIKA P/RAYA SAHAJA...

No comments:

Post a Comment