26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Tuesday, November 2, 2010

Khianat : Pejuang Usno perlu bersama PAS di SANDAKAN!



Rusli Yasmin   
SANDAKAN, 3 Nov: Keikhlasan Tun Datu Mustapha yang dikhianati oleh pemimpin Umno kononnya untuk membantu Usno memartabatkan umat Islam di Sabah sudah cukup menjadi sebab mengapa pejuang-pejuang Usno perlu bersama dengan PAS.

Justeru, Pemuda PAS Sabah mengajak semua ahli Usno yang masih teguh memperjuangkan masa depan umat Islam di Sabah.

Mereka sewajarnya keluar daripada Umno dan berganding bahu bersama PAS untuk merealisasikan cita-cita yang sama.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sabah, Salman Amin, sejarah perjuangan Usno (United Sabah National Organization) sebenarnya banyak memainkan peranan di dalam sejarah perkembangan umat Islam di Sabah.

Penubuhan Usia (United Sabah Islamic Assiciation) oleh Tun Datu Mustapha menjadi salah satu bukti kesungguhan beliau untuk memartabatkan Islam di bumi Sabah ini.

"Malangnya, kemasukan Umno yang dijangka boleh menjadi rakan untuk membantu umat Islam di Sabah bertindak sebaliknya dengan mengambil kesempatan ini untuk mematikan inspirasi perjuangan rakyat Sabah.

"Ketika itu rakyat di Sabah mungkin terpedaya dengan Islam yang ada pada Umno, padahal ia tidak menggambarkan jati diri seorang muslim sebenar mengikut Al-Quran dan as-Sunnah.

"Pemimpin Umno tidak serius membela umat Islam di Sabah kerana sibuk mengaut khazanah kekayaan bumi Sabah," ujar Salman.

Katanya, NGO-NGO Islam yang meninjau ke pedalaman Sabah melaporkan hampir 30 buah kampung terdedah kepada risiko murtad.

Malah di Sabah, ujarnya ada satu istilah iaitu 'kawasan selamat untuk murtad’.

Walaupun terdapat jabatan-jabatan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal umat Islam, pembangunan umat Islam di Sabah masih terlalu lemah.

"Ruang lingkup gerak kerja (jabatan-jabatan) ini telah dikawal sepenuhnya oleh pemimpin Umno sehingga membantutkan usaha mereka untuk membantu secara lebih meluas," ujar beliau.

Ini terbukti, kata Salman, apabila ramai di kalangan para ustaz tidak diberi kebenaran untuk menyatakan pendirian dan ramai yang diperkudakan agar tindakan pemimpin Umno dilihat mendapat sambutan dari badan-badan agama walaupun ia jelas bertentangan dengan Islam.

Ini, katanya berbeza dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah dan menjadi dasar perjuangannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS.

Tambahnya, bukti keazaman PAS untuk memartabatkan Islam tidak mengira bangsa dan keturunan boleh dilihat di Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah berubah walaupun ada di kalangan pemimpin PAS yang dipenjara malah ada yang dibunuh.

"Istilah PAS parti semenanjung tidak wujud kerana sepertimana Islam pernah menguasai 1/3 dunia tidak ada istilah Islam Arab, Islam Parsi atau Islam Eropah kerana semuanya bernaung di bawah sebuah sistem keadilan Islam," tambah beliau.

No comments:

Post a Comment