26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!
Showing posts with label Hari Penamaan Calon. Show all posts
Showing posts with label Hari Penamaan Calon. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

BN peralat wanita, anak-anak dalam kesedihan di Batu Sapi?



Warta Rakyat   
SANDAKAN, 28 Okt: PKR menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan balu kepada bekas anggota Parlimen Batu Sapi yang baru meninggal dunia satu tindakan memperalatkan wanita yang sedang bersedih itu.

Demikian dakwa Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dalam sidang media yang diadakan di sini semalam ketika mengulas pemilihan Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya di Batu Sapi.

teruskan di sini

Monday, October 25, 2010

Penamaan Calon,Tiga penjuru di Batu Sapi- melalui Harakahdaily.net



Warta Rakyat   
SANDAKAN, 26 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiga calon bertanding untuk pilihan raya kecil Batu Sapi apabila borang penamaan calon ketiga-tiga tidak mendapat sebarang bantahan dan diterima oleh SPR.

Mereka adalah calon PKR dari Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah, calon BN dari PBS Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP).



Calon bebas yang dijangka turut menyerahkan borang untuk menyertai pilihan raya ini telah menarik diri di saat akhir.


Perarakan calon PKR telah dipimpin oleh Presidennya sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut serta adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Turut serta mengiringi calon PKR, Ansari Abdullah adalah Mustafa Kamil Ayub, Tian Chua, Elizabeth Wong dan juga Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Muhamad Abdullah.

Mereka disertai oleh beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat di Sabah yang berarak menuju ke pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Masyarakat Sandakan, Jalan Laila itu.


Gambar sekitar hari penamaan calon





Doa untuk keberkatan dan kemenangan.



Calon PKR diiringi isteri, pemimpin PKR, PAS dan DAP menuju pusat penamaan calon.


Dr Wan Azizah dan Datuk Mustafa berbincang sementara menunggu calon-calon yang layak bertanding diumumkan oleh SPR.


Para penyokong BN di Batu Sapi...agak tertekan.

RTM: 15 minit untuk Pakatan dan info penamaan calon DUN GALAS melalui media HARAKAHDAILY.NET



Nazri Abdullah   
Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.
11.00 pagi: SPR mengumumkan waktu bantahan, dan pameran borang pencalonan ditutup.

10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.

10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.


10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

 9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.


9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.


 
9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.


9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.


9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.



9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.
8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.
8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.
Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.
Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.
 

3 penjuru di Batu Sapi. Penamaan Calon Batu Sapi,Sandakan - berdasarkan media elektronik (malaysiakini.com/bm)


Okt 26, 10 9:18am
Kongsi 0
9 - 10am - Calon kemukakan borang masing-masing
10 - 11am - Tempoh bantah (jika ada)
11am - 12 tengahari - Pegawai Pilihan Raya menentukan bantahan


LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah 


8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.




9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.


9.06am: Di
Batu Sapi, calon PKR Ansari Abdullah

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya. adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.


9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.


9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.





9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.
10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.
Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka.
Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).
Nama mereka dipamerkan di papan kenyataan untuk semua pihak membuat bantahan jika ada. Tempoh masa untuk berbuat demikian adalah dari 10 hingga 11 pagi.

10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teriakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.





11.00am: Tempoh bantahan berakhir.

11.15am: Di Batu Sapi pula, pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan mereka yang layak bertanding adalah Linda TsenAnsari Abdullah (BN-PBS), (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP).

Tiada bantahan yang diterima.