26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Sunday, October 31, 2010

Tabika Kemas Batu Sapi Dipinggirkan, Permata Rosmah Diutamakan? Anda saksikan sendiri...

 TABIKA Kemas yang ntah berapa lama sudah didirikan di sini.. Kpg Gas merupakan salah satu kampong yang berada dalam Dun Sekong-Parlimen Batu Sapi..

 Kaum ibu yang setia menanti di luar Kemas Kampong Gas, Batu Sapi..

 Lihatlah jalan utama masuk ke Tabika Kemas ini... kayu kayan yang digunakan hampir patah dan reput..
 merbahaya untuk kanak-kanak hatta orang dewasa yang rabun...

 INIKAH YANG DINAMAKAN RAKYAT DIUTAMAKAN???
 Lihatlah.. bukan rekaan... ia realiti di bumi Batu Sapi!

 BULUH DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT SOKONGAN JALAN???
di mana keselamatan anak-anak Kpg Gas? mungkin mereka tidak pernah sampai ke sini? Mana JKKR di sini?

 BULUH JADI ALATAN SOKONGAN

 TABIKA di bawah kerajaan..
 sepatutnya tidak begini..

 PASTI dilihat lebih baik jika keadaan Kemas sebegini..

sedang DS Rosmah berseronok dengan peruntukan yang bakal diterima, penduduk di Kpg Gas menderita untuk menghantar anak-anak ke Tabika Kemas yang dihidangkan dengan jalan yang buruk dan uzur.. :(

INIKAH KERAJAAN YANG PRIHATIN??

KAMI BERSYUKUR DENGAN KERAMAHAN ORANG KAMPONG.. SPORTING BERBANDING KAMPONG 'ISTIMEWA' YANG DIKHABARKAN AGAK 'PANAS'... SENYUMAN MANIS MEMBUATKAN HATI KAMI TERDETIK.. 
APAKAH UNDI SENYAP AKAN MEMBENAM BN DARI PENDUDUK DI SINI... DOAKAN!
 KERAMAHAN PETUGAS BN DI KPG GAS..
 DUIT AMBIK, UNDI PR LAA!!!

BUKTI ORANG KAMPONG GAS BIJAK? SPORTING..
KAMI DAPAT LIHAT UNDI SENYAP AKAN WUJUD DI SINI PADA HARI MENGUNDI!

Kesakitan dan uijian rakan di Batu Sapi.. Ayuh sahabatku hadirlah ke sini...

Sahabat sedang membaca Al-Quran untuk penyembuhan jiwa di sebuah rumah penginapan di Batu Sapi

Keletihan dan kesakitan kerana jemaah yang memperjuangkan Islam balasannya bidadari di syurga, amin!!!

Saturday, October 30, 2010

Shahrizat Ajak Pengundi Terus Sokong BN. BN jaga hal kepentingan dan iktiraf kaum wanita???


 
SANDAKAN, 30 Okt. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru rakyat khususnya para pengundi di Batu Sapi untuk terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, dengan pencalonan Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calon BN yang akan mempertahankan kawasan parlimen tersebut maka bermakna satu lagi penghargaan diberikan oleh BN kepada wanita di Sabah.

“Tokoh-tokoh dari Sabah memang ramai dan tidak kurang hebatnya memperjuangkan kemajuan dan kebajikan masyarakat di sini,” katanya dalam Program Temu-temu Mesra di Kampung Baru Karamunting, di sini.

Katanya, dengan pelantikan Linda sebagai calon maka satu lagi pengiktirafan diberikan yang membuktikan bahawa kemampuan wanita tidak pernah dinafikan oleh Kerajaan.

Kerajaan mengiktiraf kebolehan wanita sebagai ketua dan pemimpin malahan kekuatan Linda Tsen ini adalah satu semangat untuk kita sama-sama memberi sokongan kepada beliau dalam hasrat menyambung usaha yang telah dilakukan oleh mendiang suaminya,” katanya.
----------------------------------------
mata-mata : isu jenayah melibatkan kamu wanita tak kurang banyaknya di Malaysia sejak akhir-akhir ini... apakah rakyat di Batu Sapi merasakan jenayah tersebut terjadi dengan kesilapan rakyat semata-mata? ataupon ada salah dan silap pihak 'berkuasa'???

RM5 Juta Untuk Masjid Baru Batu Sapi. Banyak pulak duit? sebelum ni mana duit tu?

sumber
SANDAKAN, 30 Okt – Peruntukan sejumlah RM5 juta diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Peruntukan tersebut diberikan bagi membina semula Masjid As-Saadah di Kampung Lupak Meluas ekoran keadaannya yang uzur dan dikatakan telah berusia sekitar 30 tahun
.

Beliau berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

“Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan,” katanya.

Dalam satu majlis berlainan, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM285,000 kepada masjid tertua di Sandakan iaitu Masjid Jame ‘as Syeih Hasbollah At-Tohiri.
-----------------------------
mata - mata : DI MANA KEKAYAAN SABAH SELAMA INI??

BENER LARANGAN MERAYU UNDI DI KPG ISTIMEWA, BATU SAPI! KEMBALI KE ZAMAN TIDAK 1 MALAYSIA!!!


SESUAI ATAU TIDAK 'KENYATAAN' YANG TERKANDUNG ITU???

KEMPEN BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA.. BEBAS BERSUARA.. MAHU ATAU TIDAK ITU CERITA KE DUA.. INILAH YANG BERLAKU SELEPAS KEDATANGAN PETUGAS PR KE KAMPONG INI SEBELUM INI.. SEBELUM INI BERLAKU INSIDEN YANG TIDAK INGIN DILIHAT IAITU PIHAK UMNO MENGHALANG KEMASUKAN PETUGAS DENGAN ALASAN MESTI MENDAPAT KEIZINAN KETUA KAMPUNG... KLIK DI SINI  

SIAPA YANG AJAR MEREKA NI???

Thursday, October 28, 2010

KEKECOHAN KEMPEN DI KAMPUNG ISTIMEWA BATU SAPI, SANDAKAN KELMARIN 28/10/2010! Antara ujian getir dalam berkempen... (INFO DARI WARTAWAN DI SANA)



Lelaki yg bertopi adalah orang yang menghalau kami dan mengugut untuk PUKUL jika kami tak keluar...alasan beliau kami tak dapat kelulusan drpd ketua kampung sebelum berkempen...inikah dinamakan demokrasi!!!!!!!!!


 penyokong-penyokong BN mengekori kami ketika berkempen,walaupun ketika itu kami dikawal oleh pihak polis....."takut ke undi lari kepada pakatan???"

 pihak polis bersama mengawal keselamatan






Ini adalah kubu kuat UMNO BN yg mengamcam PUKUL kami ketika hendak berkempen..
--------------------------
respon mata-mata : kejadian yang berlaku ini membuka mata sebahagian pihak.. gelagat antara kedua pihak diperhatikan.. sekurang-kurangnya undi simpati dan undi senyap akan mengurangkan majoriti pihak yang memerintah selama ini..

SIAPA YANG MENGAJAR SISTEM 'SAMSENG'???

Betulkah cakap DSP Musa Aman ini???


Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu.

Katanya, Yong Teck Lee (Calon Sapp-Batu Sapi) bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian. -- BERNAMA

BN peralat wanita, anak-anak dalam kesedihan di Batu Sapi?



Warta Rakyat   
SANDAKAN, 28 Okt: PKR menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan balu kepada bekas anggota Parlimen Batu Sapi yang baru meninggal dunia satu tindakan memperalatkan wanita yang sedang bersedih itu.

Demikian dakwa Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dalam sidang media yang diadakan di sini semalam ketika mengulas pemilihan Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya di Batu Sapi.

teruskan di sini

Wednesday, October 27, 2010

TERKINII! Kempen diganggu!


BERITA KIRA-KIRA 1 JAM SETENGAH LALU 28/10/2010!!
TERKINI: sdkit kekecohan brlaku di KG ISTIMEWA btu sapi antra ahli2 BN & PAS,PKR..alsn xdbnrkn brkempen.ini kah dnamakan DEMOKRASI!! [via Celcom SMS]
X Kami 5org dri PAS TAWAU,dan 7org WNITA PKR dr P.P trma ancman PUKUL KALAU XKELUAR dr phk BN KG ISTIMEWA yg sdg brkempen..apa2pun kta tetp lwn. [via Celcom SMS]
 X Alhamdulillah..keadaan trkwl dgn adanya kawlan phk polis..pddk kg istimewa sgt dhaif keadaannya,jmbtan yg xbleh dlalui rmai org krn tkt runth,itulah kwsn BN. Ayuh!! ubah undi kpd PR. [via Celcom SMS]
***
Menurut sumber : yang ugut orang UMNO yang kontrol kawasan kampong.. penduduk ramai nampak tindakan UMNO tu.. cuma tak berani... semasa petugas Pas dan PR solat, UMNO arah penduduk masuk rumah dan kunci agar petugas PR tak masuk berkempen.. 
Ugutan berlaku secara berdepan.. waktu itu polis belum ada... 
Antara petugas tersebut termasuk rakan dari Tawau (Pas) dan Wanita PKR...
ALASAN : NAK BERKEMPEN KENA MINTA IZIN KETUA KAMPUNG DAHULU!
----------------
RESPON : RAKAN-RAKAN, SOLAT HAJAT! DOAKAN PR MENANG AGAR ALLAH MEMALUKAN MEREKA YANG TAK SEDAR DAN TAK MALU DI DUNIA!!! 

Ansari Bawa Harapan Rakyat Batu Sapi


sumber

Dari TV Selangor
Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.

Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. 

Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.

Tegas Anwar calon yang diumumkan akan membawa perjuangan membela rakyat Sabah terutamanya isu tanah ke peringkat lebih tinggi.

Hadi dalam ucapannya menegaskan walaupun pilihanraya 4 November di Batu Sapi merupakan satu pilihanraya kecil namun memberi makna besar kepada Sabah dan negara.

Tegas Hadi Awang, walaupun pilihanraya ini pilihanraya kecil namun memberikan makna yang besar kepada Sabah dan negara.
“Rakyat diberi peluang untuk menjadi hakim siapakah yang akan memimpin kerajaan. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi merupakan pilihanraya ke-13 sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lepas.,”kata Hadi.

Sebelum itu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah memberikan ucapan yang senada dan komitmen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Lebih 5,000 orang memenuhi dewan yang terletaknya lebih kurang 10 kilometer daripada pusat bandar Sandakan.



Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang.

Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas.
 ---------------------------
respon : BAIK BURUK SESEORANG TAK DAPAT LARI..

NAMUN, KITA BERPEGANG PADA DASAR PARTI.. PAS SEBUAH GERAKAN ISLAM BERBAIK DENGAN RAKAN PKR DAN DAP DENGAN KONSEP 'MUWAJAH SILMIAH'.. MAKA KITA HENDAKLAH WALAK @ AKUN DENGAN KEPUTUSAN PIMPINAN.. INSYA ALLAH, ALLAH BERSAMA DENGAN KITA!

DI MANA RAKAN? DI MANA LAWAN? JOM BANTU BERI SUMBANGAN!

 CALON PR BATU SAPI- PEGUAM HJ ANSARI B ABDULLAH!


 4 N0V (KHAMIS) 2010 HARI MEMBUANG UNDI! MALULAH KITA PANGKAH PIMPINAN YANG ALLAH MARAH!!!

 3 CALON AKAN BERENTAP!

SUMBANGAN ANDA MASIH DIPERLUKAN UNTUK MENGGERAKKAN JENTERA PR DI BATU SAPI!!! CEPAT SEBELUM 4 NOV 2010. KALAU BERI HARI P/RAYA NAK BUAT APA? BOLEHLAH GUNA, TAPI KITA BAWAK KE TABUNG URUSAN AKAN DATANG...


BAGI KAWASAN TAWAU- SALURAN MELALUI 

1)HJ RAHMAN AWANG
2)UST YUSRY
3) SDRI ARMA

Tuesday, October 26, 2010

Kurup: BN pilihan terbaik penduduk Batu Sapi. Iya kah?


Okt 27, 10 11:04am
Kongsi 0
Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik bagi penduduk di Batu Sapi, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.
Oleh itu, beliau berkata, rakyat Batu Sapi seharusnya memberi keyakinan dan kepercayaan semula kepada BN pada pilihan raya kecil 4 November ini bagi meneruskan agenda pembangunan yang sudah dirancang di kawasan itu.

"Ahli parlimen BN (mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah) merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di kawasan ini dan berjaya membawa banyak pembangunan untuk faedah rakyat di Batu Sapi.

"Saya harap rakyat di sini akan memberi sokongan yang berterusan sekaligus, memastikan BN menang besar di Batu Sapi," katanya di Sandakan.

------------------------------
mata-mata mahkamah :

Yang nak puji pon, macam mana dia punya usaha menjaga masyarakat di kawasan Keningau-pedalamana sana... menipu rakyat boleh laa...

Monday, October 25, 2010

Penamaan Calon,Tiga penjuru di Batu Sapi- melalui Harakahdaily.net



Warta Rakyat   
SANDAKAN, 26 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiga calon bertanding untuk pilihan raya kecil Batu Sapi apabila borang penamaan calon ketiga-tiga tidak mendapat sebarang bantahan dan diterima oleh SPR.

Mereka adalah calon PKR dari Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah, calon BN dari PBS Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP).



Calon bebas yang dijangka turut menyerahkan borang untuk menyertai pilihan raya ini telah menarik diri di saat akhir.


Perarakan calon PKR telah dipimpin oleh Presidennya sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut serta adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Turut serta mengiringi calon PKR, Ansari Abdullah adalah Mustafa Kamil Ayub, Tian Chua, Elizabeth Wong dan juga Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Muhamad Abdullah.

Mereka disertai oleh beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat di Sabah yang berarak menuju ke pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Masyarakat Sandakan, Jalan Laila itu.


Gambar sekitar hari penamaan calon





Doa untuk keberkatan dan kemenangan.



Calon PKR diiringi isteri, pemimpin PKR, PAS dan DAP menuju pusat penamaan calon.


Dr Wan Azizah dan Datuk Mustafa berbincang sementara menunggu calon-calon yang layak bertanding diumumkan oleh SPR.


Para penyokong BN di Batu Sapi...agak tertekan.

RTM: 15 minit untuk Pakatan dan info penamaan calon DUN GALAS melalui media HARAKAHDAILY.NET



Nazri Abdullah   
Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.
11.00 pagi: SPR mengumumkan waktu bantahan, dan pameran borang pencalonan ditutup.

10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.

10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.


10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

 9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.


9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.


 
9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.


9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.


9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.



9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.
8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.
8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.
Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.
Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.