26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!
Showing posts with label komentar. Show all posts
Showing posts with label komentar. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

SAPP DAN PKR HAPRAK DI BATU SAPI?

SUMBER PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 06 November 2010 02:11
Share

Oleh: ISMAILY BUNGSU
KEKALAHAN PKR dan SAPP memang sudah saya duga di Batu Sapi dan makanya, pada mulanya saya mencadangkan agar Yong Teck Lee bertanding bagi pihak Pakatan, tetapi kelihatannya Pakatanpun mahu dan akhirnya begitulah. Haprak!

Bila saja Pakatan bertanding dan SAPP juga mahu memperlihatkan taringnya, maka dalam kepala saya bahawa kedua parti akan tersungkur dan kerusi itu semula dimiliki oleh BN dan kenyataan memang benar sebab kemenangan BN dahulupun melebihi 3,000 undi sesuatu yang berat untuk dijatuhkan.

BN meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calon dan tujuannya ialah untuk mendapatkan undi simpati dan kelihatannya dia tidak bermasalah meskipun bukan orang politik sepenuh masa dan pemilihan Linda tidak ada masalah di kalangan ahli-ahli BN sendiri dan semuanya berjalan dengan baik.

Sementara di Pakatan pula sebaik saja diumumkan, ramai meninggalkan dewan dan ini bermakna ramai tidak setuju dan ini merupakan titik pertama kekalahan Pakatan dan apa lagi setelah itu ada pula kes gaduh di Lapangan Terbang Sandakan yang mencipta dendam dan kelihatan ketidak sepakatan itu jelas membawa padah dari segi pandangan orang luar dan diketawakan oleh parti pemerintah.
Sementara Yong pula yang mencuba nasib kerana dia berfikiran rakyat masih sukakan dia dan jangan lupa di Batu Sapi bumiputera ialah 60% dan mereka itu kebanyakannya orang Bajau dan PATI, termasuk sedikit Bugis/pengundi yang datangkan di kawasan DUN Datuk Musa dan ini memang sukar buat Yong Teck Lee meskipun dia berkeyakian menang dan punya cita-cita besar yang barangkali menginginkan kerusi Ketua Menteri pada pilihanraya umum akan datang.

Kedua-dua calon baik pakatan atau SAPP adalah orang luar yang tidak ada kaitan di Batu sapi dan kelihatannya kemasukan Nahalan menyokong SAPP ada sedikit/tidak banyak yang bisa membantu Datuk Yong Teck Lee dan ini cukup meyakinkan diri Yong untuk menang, tetapi pengaruh Nahalan sebenanya tidaklah hebat sangat.
PRK bukan untuk menukar kerajaan dan rakyat berfikir sama ada mengundi BN atau keduanya adalah sama, maka lebih baik mereka mengundi BN; apatah lagi BN sendiri menabur wang dan bantuan zing dan segala macam bantuan. 

Kelihatannya rakyat Sabah yang memang miskin akan ingat budi orang meski bantuan itu sedikit, tetapi bagi mereka yang miskin itu besar maknanya dan kerana itu BN lebih suka rakyat Sabah miskin agar nanti boleh ‘dibeli’ dan ‘dibuli’ sebab miskin itu menghampiri alam kufur.
Faktor kedua pula, pada mulanya rakyat mengharapkan satu lawan satu untuk mengajar BN, akan tetapi di pihak pembangkang sendiri tidak bersatu dan masing-masing mahu memperlihatkan kehebatan, maka rakyat jadi keliru dan dalam keadaan keliru itulah mereka sukar berfikir dan akhirnya mengundi BN setelah ditabur dengan wang secara sulit.

Dr Jeffrey Kitingan selaku Naib presiden PKR telah mengeluarkan kenyataan agar mengundi mana saja salah satu pembangkang dan kenyataan ini kelihatannya semacam serba salah dan pengundi lagi keliru seolah-olah beliau tidak merestui pilihan Anwar untuk Haji Ansari mewakili Pakatan. Senario cukup mengelirukan rakyat. Sepatut selaku Naib Presiden, meski tidak suka, dia harus menyokong siapa saja calon Pakatan terutama sekali PKR, tetapi sebaliknya tidak ini kelihatannya bukan mengangkat parti, tetapi lebih memikirkan peribadi.

Di mana-mana saja, bila ada pilihanraya kecil, segala jentera kerajaan akan dikerah dan segala peruntukan yang ada di setiap jabatan diumum untuk dicurahkan di kawasan berkenaan dan ini akan menyebabkan durian runtuh bagi sesuatu kawasan pilihanraya dan ini tentu saja bakal menguntungkan kawasan berkenaan. Apa lagi taburan wang ringgit biasanya mencurah-curah dan ketika itu apa saja diminta, biasanya akan diperolehi.

Nah, tentu saja di kawasan itu akan dibanjiri oleh orang luar, Kalangan Menteri Persekutuan dan Negeri yang semacam berpesta dan ini menyebabkan rakyat suka dan lupa. Ketika itu, semuanya berwajah baik belaka dengan janji segala macam kecuali bulan dan bintang, sedang PKR atau SAPP hanya berkempen secara lurus bendul dengan ‘air liur’ dan trend politik di Sabah bukan demikian, tetapi dengan wang dan janji BN. Janji seorang menteri lebih dipercayai dibanding janji PKR atau SAPP yang bukan kerajaan. Inilah hakikatnya.

Oleh sebab di kawasan berkenaan memang kebanyakannya undi PATI dan ketika PKR berkempen tentunya serba salah menyebut hal ini dan kalau ini disebut maka PATI yang mendapat kad akan khuatir dan tentu saja mereka tidak akan mengundi PKR, makanya untuk menyebut perkara ini kena fikir dua tiga kali dan PKR dalam keadaan serba salah.

Memang bermacam lagi kelemahan yang saya lihat dari kaca mata yang jauh meski tidak ke Batu Sapi dan kelemahan paling buruk ialah kedua-dua parti pembangkang ini degil dan mahu memperlihatkan kehebatan masing-masing dan tidak memikirkan kemenangan. Dengan ini barangkali perlu saya ucapkan tahniah kepada DAP yang rela tidak mahu bertanding sebab kes di Badar kota Kinabalu telah cukup mengajar mereka dan kesannya kedua-dua putih mata.

Saya melihat Pakatan masih ada harapan pada pilihanraya umum akan datang dengan syarat SAPP dan DAPP bisa duduk semeja bersama PKR dan PAS dan kalau ini boleh dilakukan, maka saya percaya kerusi Parlimen di kawasan bandar akan jatuh kepada Pakatan. Jika menjadi reality, Pakatan Rakyat akan mendapat lebih kerusi MP dengan bantuan Sarawak/ Sabah kerana sudah pasti BN akan kecundang juga akhirnya (jika diizinkan Allah).

Tapi, persoalannya sekarang dapatkah SAPP duduk semeja dan sama bertindak sekata arah satu hala untuk menumbangkan BN? Kalau tidak, sebaiknya SAPP gulung tikar sahaja dan tidur; serta tidak usah berpolitik selagi ada sikap ‘kepala batu’ dan sebelum tidur dengarlah lagi ‘Black Dog Bone’ berjodol ‘Geram’.

Friday, November 5, 2010

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh. oleh PRESIDEN PAS! MESTI BACA!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.
“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.

Tuesday, November 2, 2010

Batu Sapi: Cacatan ANWAR IBRAHIM

Posted on Tuesday, November 02 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis Isu Oleh: setisab

"Hal yang amat memprihatinkan adalah tahap kemiskinan ketara di kalangan ribuan keluarga di Batu Sapi dan kawasan sekitar Sandakan. Hasil balak dan royalti minyak mencecah berbilion ringgt. Namun di Kampung Gas, Kampung Bukara, Kampung Forest dan Pulau Singa yang kami lawati mempamerkan kehidupan merempat yang sungguh menyayat hati.

Sebentar tadi kami singgah di pasar BDC – luar biasa daif! Peniaga kecil Muslim mencari nafkah hidup tanpa sebarang prasarana dan pembelaan. Pemimpin UMNO yang sering melalak sebagai jaguh pembela Melayu perlu membeliak mata menyaksikan penganiayaan masyarakat yang dipinggirkan olih pemimpin mereka sendiri.

Kami sekadar menjelaskan dan mendoakan agar rakyat insaf dengan menolak keangkuhan dan rasuah BN. Saudara Ansari Abdullah diharap akan mendapat dukungan rakyat agar suara mereka akan dikumandangkan di Parlimen dan di seluruh negara.

ANWAR IBRAHIM
Batu Sapi, 1 November 2010 "

Khianat : Pejuang Usno perlu bersama PAS di SANDAKAN!



Rusli Yasmin   
SANDAKAN, 3 Nov: Keikhlasan Tun Datu Mustapha yang dikhianati oleh pemimpin Umno kononnya untuk membantu Usno memartabatkan umat Islam di Sabah sudah cukup menjadi sebab mengapa pejuang-pejuang Usno perlu bersama dengan PAS.

Justeru, Pemuda PAS Sabah mengajak semua ahli Usno yang masih teguh memperjuangkan masa depan umat Islam di Sabah.

Mereka sewajarnya keluar daripada Umno dan berganding bahu bersama PAS untuk merealisasikan cita-cita yang sama.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sabah, Salman Amin, sejarah perjuangan Usno (United Sabah National Organization) sebenarnya banyak memainkan peranan di dalam sejarah perkembangan umat Islam di Sabah.

Penubuhan Usia (United Sabah Islamic Assiciation) oleh Tun Datu Mustapha menjadi salah satu bukti kesungguhan beliau untuk memartabatkan Islam di bumi Sabah ini.

"Malangnya, kemasukan Umno yang dijangka boleh menjadi rakan untuk membantu umat Islam di Sabah bertindak sebaliknya dengan mengambil kesempatan ini untuk mematikan inspirasi perjuangan rakyat Sabah.

"Ketika itu rakyat di Sabah mungkin terpedaya dengan Islam yang ada pada Umno, padahal ia tidak menggambarkan jati diri seorang muslim sebenar mengikut Al-Quran dan as-Sunnah.

"Pemimpin Umno tidak serius membela umat Islam di Sabah kerana sibuk mengaut khazanah kekayaan bumi Sabah," ujar Salman.

Katanya, NGO-NGO Islam yang meninjau ke pedalaman Sabah melaporkan hampir 30 buah kampung terdedah kepada risiko murtad.

Malah di Sabah, ujarnya ada satu istilah iaitu 'kawasan selamat untuk murtad’.

Walaupun terdapat jabatan-jabatan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal umat Islam, pembangunan umat Islam di Sabah masih terlalu lemah.

"Ruang lingkup gerak kerja (jabatan-jabatan) ini telah dikawal sepenuhnya oleh pemimpin Umno sehingga membantutkan usaha mereka untuk membantu secara lebih meluas," ujar beliau.

Ini terbukti, kata Salman, apabila ramai di kalangan para ustaz tidak diberi kebenaran untuk menyatakan pendirian dan ramai yang diperkudakan agar tindakan pemimpin Umno dilihat mendapat sambutan dari badan-badan agama walaupun ia jelas bertentangan dengan Islam.

Ini, katanya berbeza dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah dan menjadi dasar perjuangannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS.

Tambahnya, bukti keazaman PAS untuk memartabatkan Islam tidak mengira bangsa dan keturunan boleh dilihat di Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah berubah walaupun ada di kalangan pemimpin PAS yang dipenjara malah ada yang dibunuh.

"Istilah PAS parti semenanjung tidak wujud kerana sepertimana Islam pernah menguasai 1/3 dunia tidak ada istilah Islam Arab, Islam Parsi atau Islam Eropah kerana semuanya bernaung di bawah sebuah sistem keadilan Islam," tambah beliau.

BN rampas Galas, kalah di Batu Sapi?

http://kalamperantau.wordpress.com/   
Ramalan saya supaya pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi serentak telah menjadi kenyataan. Pada 4hb. November 2010, pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan akan menentukan wakil rakrat mereka yang baru. 

Di  DUN N45 Galas, pertandingan satu lawan satu antara calon BN (UMNO) dan PR (PAS).  BN mengemukakan Abdul Aziz Yusof, Setiausaha UMNO Gua Musang dan PR pula menamakan Dr. Zulkifli Mohamad, Pemangku Yang Dipertua PA Gua Musang.  

Kerusi ini kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima (PAS).
Sebelum Che Hashim Sulaima (PAS) menawaskan Mohamad Saupi Deraman, calon BN pada pilihanraya umum 2008 dengan kelebihan 646 undi. Sebelum itu, kerusi ini adalah milik BN dan tidak pernah jatuh ketangan pembangkang, melainkan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995 sahaja kepada calon parti Melayu Semangat 46 yang di pimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Malah faktor  pengaruh Ku Li turut diakui oleh PAS yang telah ber”kubu” di sini sejak lebih 3 dekad lalu. Sekiranya Ku Li bertanding dalam pilihanraya kecil ini, PAS sanggup untuk tidak bertanding.

Kehebatan Ku Li yang sentiasa dijaja media adalah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS pada tahun 1978 melalui kerjasama UMNO-Berjasa dan kemudian sekali lagi berjaya merampas Kelantan pada tahun 1990 melalui kerjasama PAS-Semangat 46-Berjasa-Hamim.

Tetapi setelah membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada bulai Oktober 1996 dan menyertai UMNO semula pengaruh Ku Li semakin merosot. Dalam pilihanraya umum 2008, Ku Li gagal mengatasi undi yang diperolehi Dr Zulkifli Mohamad, calon PAS  di DUN Galas bagi pengundian parlimen Gua Musang.

Kekalahan BN di DUN galas dalam pilihanraya umum lalu bukanlah kerana kekuatan PAS di sini, tetapi lebih kepada faktor masalah dalaman UMNO yang wujud ekoran penyertaan semula Ku Li dan pengikutnya ke dalam UMNO Gua Musang.

Mengikut maklumat yang sampai kepada saya daripada beberapa pihak, peluang PAS dan UMNO dalam pilihanraya kecil ini adalah “50-50” tetapi kelebihan ada pada UMNO kerana kerusi ini merupakan kubu meraka sejak awal lagi.

Sungguhpun begitu peluang Dr Zulkifli memang kerusi ini tetap ada jika beliau berjaya menyakin orang asal dengan perjuangannya untuk membentuk Jawatankuasa Khas Orang Asal dan Urusetia Orang Asal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang asal di Galas ini.            

3 Penjuru di Batu Sapi

Manakala di Palimen Batu Sapi pula berlaku pertandingan 3 penjuru dalam pilihanraya kecil kali ini  diantara BN (PBS), PR (PKR) dan bekas komponen BN, SAPP. BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin (PBS) yang akan bersaing dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan peguam, Ansari Abdullah (PKR). Kesemua calon ini adalah dari luar Batu Sapi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Ir Edmund Chong Ket Wah (PBS) menang tidak bertanding dan dalam tahun 2008, beliau menewaskan calon bebas, Dr Chung Kwong Wing dengan majority 3,708 undi.    

Rekod PKR di kerusi ini tidak baik apabila gagal menghantarkan calon mereka dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 yang lepas. Peluang Ansari Abdullah bergantung penerimaan lebih 15,000 pengundi muslim di sini yang menjadi pengundi majoriti kerana pengundi Cina dijangka akan lari kepada Yong Teck Lee, Presiden SAPP.

Malah mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, pengundi-pengundi yang menolak calon BN di sini bersedia memberikan peluang kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu mewakili mereka dalam pilihanraya kecil kali ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, setelah 11 PRK diadakan selepas PRU ke-12 pada 2008 lalu, Sembilan daripadanya diadakan dalam era pemerintahan Najib Tun Razak. Semuanya kekal kepada status quo, melainkan Kuala Terengganu jatuh kepada PR (PAS), Hulu Selangor kembali kepada BN (MIC) dan Sibu jatuh kepada PR (DAP).

 Jika kekalahan BN di Batu Sapi benar-benar terjadi, satu lagi musibah yang akan dihadapi BN Sabah selepas ini setelah BN Sarawak juga sudah tidak semantap dulu lagi bila BN (SUPP) gagal mempertahankan kerusi parlimen Sibu pada Mei lepas kepada DAP.

Adalah lebih baik BN melipatgandakan usaha mempertahankan Batu Sapi dari menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka merampas Galas. Pilihanraya kecil serentak pada April, 2009 sebelum ini pun menyaksikan BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, PKR mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau dan PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Apa pun, kita tunggu dan lihat keputusan kebijaksanaan pengundi-pengundi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi pada 4hb. November, 2010 ini. Apakah kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen mulai 2hb. November semalam memberikan kesan kepada rakyat untuk tidak lagi yakin kepada BN menjaga kebajikan rakyat?