Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Beliau berkata dua DUN di kawasan Parlimen Batu Sapi iaitu masing-masing Sekong dan Karamunting, mempunyai 11,321 dan 14,261 pengundi.
Aziz berkata daripada segi kaum, di DUN Sekong,
seramai 2,167 atau 19 peratus merupakan kaum Melayu, Cina - 2,366 (21 peratus),
India - 37 (0.03 peratus), Bumiputera Sabah - 6,031 (53 peratus),
Bumiputera Sarawak - 41 (0.36 peratus),
Orang Asli - 3 (0.03 peratus),
dan lain-lain - 676 (6 peratus).
Katanya bagi DUN Karamunting pula,
seramai 5,000 atau 20 peratus ialah kaum Melayu, Cina - 9,546 (37 peratus),
India - 92 (0.36 peratus), Bumiputera Sabah - 9,565 (37 peratus),
Bumiputera Sarawak - 158 (0.62 peratus),
Orang Asli - 8 (0.03 peratus),
dan lain-lain - 1,213 (5 peratus).
Beliau berkata daripada segi bilangan umur, kedua-dua DUN tersebut membabitkan umur 21 hingga 90 tahun ke atas.
---------------------
respon :
KALAU DILIHAT DARI SEGI UNDI KAUM CINA, TAK MUSTAHIL PR MEMPEROLEH UNDI YANG MEMIHAK DARI KAUM CINA...
MUNGKIN DATA INI YANG MENAKUTKAN BN UNTUK TERUS BERKUASA DI KAWASAN BT SAPI...


