KINI- HOTEL DAN PEMBANGUNAN AKAN DIBINA DI SINI... DAHULU PENDUDUK BDC DIHALAU KELUAR DARI RUMAH TAHUN 2002.. PEGUAM KES MASA ITU HJ ANSARI.. CALON BATU SAPI PRK 2010!!!
INGATLAH!!!!
|
![]() |
| | |
| Written by Admin |
| Tuesday, 02 November 2010 22:10 |
Share ![]() Saudara Pengarang, SEBAGAI penduduk kampung Gas, saya agak terkilan dengan sikap celupar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlupa menginsurankan ‘mulutnya’ kerana terlepas cakap melalui artikel ‘Jambatan usang pun tak terjaga’ yang disiarkan di laman web Malaysiakini. Anwar bukan sahaja membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan; malah menyakitkan hati semua penduduk kampung Gas yang seolah-olah ‘orang kurang upaya’ kerana tidak mampu membaiki jambatan mereka dan terlalu bergantung kepada kerajaan. Saya rasa, jika inilah nilai kepimpinan PKR, maka mujurlah kami belum terpengaruh dengan cakap tinggi melangit Anwar dan belum membuang undi. Sebelum kami rejek PKR, jambatan kami lebih dahulu rejek pemimpin PKR. Sebenarnya, kerajaan sentiasa menyelenggara semua jambatan kampung kami secara berkala melainkan bagi kawasan yang dihuni pendatang tanpa izin dan rumah dibina tanpa kebenaran Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK. Kerajaan BN tidak pernah abaikan kebajikan kami selama ini dan kejadian calon PKR, Haji Ansari jatuh jambatan baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan kecuaian kerajaan kerana ia bukannya jambatan umum sebaliknya yang dibina oleh pemilik rumah sendiri. Apakah salah kerajaan jika jambatan penghubung dari jambatan umum ke rumah mereka roboh dan mungkin perbuatan sabotaj pihak tertentu yang ingin menangguk di air keruh. Seumur hidup saya, tidak pernah mendengar ada penduduk jatuh jambatan di kampung Gas kerana kami sudah biasa melalui jambatan walaupun tidak berpaku; melainkan mereka yang lima kali setahun datang melawat kami. Bagaimanapun, bagi mewakili penduduk Kampung Gas, kami memohon maaf yang tidak terhingga kepada calon PKR, Tuan Haji Ansari Abdullah yang mengalami nasib malang ketika berkunjung pertama kali ke kampung kami. Sewajarnya pemimpin Pakatan Rakyat dan SAPP sedar bahawa Kerajaan BN sudah memberikan segala-galanya kepada kami seolah-olah Sabah ini negeri Kebajikan kerana mendapat serba serbi. Tapi agak mustahillah kerajaan menyediakan kayu untuk menyambung laluan ke rumah kami? Salam Hormat, PENDUDUK JATI KG GAS ------------------------ RESPON : KPG Gas sebuah kampong laut... sebelum masuk anda melalui jalan grabel tidak berturap.. ntah berapa lama jalan tersebut begitu... lihat gambar di bawah > JALAN MASUK KE KAMPONG GAS... JALAN MASUK KE KAMPONG GAS.. JALAN MASUK KE KAMPONG GAS.. JALAN MASUK KE KAMPONG GAS.. INIKAH UMNOOOO????????? |
MENJELANG dua hari lagi hari mengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen dikatakan telah menerima sokongan padu di kalangan 15,099 pengundi bumiputera Islam.| SUMBER | | | |
| Written by Admin |
| Wednesday, 03 November 2010 02:42 |
| Share TERIMA KASIH….Ramlie Syukur yang mendahului peserta lain menerima bantuan yang disampaikan oleh Yahya Oleh : SHAIMON S JUMADI Jurufoto : JUN PACIFICO TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Datuk Seri Hj Yahya Hussin berkata industri perikanan ia merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting di negeri Sabah. Selain menjana pelbagai jenis pekerjaan termasuk sebagai nelayan dan penternak ikan jelas Yahya, sektor ini juga membantu menjana kemasukkan wang asing menerusi hasil eksport produk perikanan ke luar Negara. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Perikanan Peringkat Negeri di Perkarangan Pejabat Perikanan Sandakan kelmarin. Yahya berkata setakat ini produk perikanan daripada Sabah telah dieksport ke lebih daripada 40 buah negara dan pada tahun 2009 Sabah mencatat eksport produk perikanan sebanyak 69.054 tan metrik yang bernilai RM174 juta pada tahun tersebut, ini telah memberikan nilai imbang perdagangan sebanyak RM440 juta kepada negeri Sabah. Daripada RM587 juta nilai hasil produk perikanan yang diekport pada tahun 2009, udang termasuk hasil keluaran akuakultur memberikan sumbangan terbesar iaitu sebanyak RM220 juta atau 37.6% dan diikuti oleh ikan hidup keluaran akuakultur bernilai RM125 juta atau 21.3% dan bakinya sebanyak RM241 juta atau 41.1% terdiri daripada pelbagai hasil laut termasuk ikan, sotong, tepung ikan, kerang-kerangan dan sebagainya termasuk rumpai laut. Kata Yahya lagi mengikut rekod seramai 920 nelayan yang bakal menerima bantuan tersebut adalah jumlah yang merangkumi seluruh Sabah. Seramai 20 Nelayan yang datangnya dari pelbagai kampung masing-masing telah menerima bantuan tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan. Rentetan pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Yahya sempat menyeru dan merayu kepada para pengundi kawasan Batu Sapi agar tidak salah memilih calon untuk meneruskan misi dan visi mereka khusus untuk membangunkan kawasan Batu Sapi dalam aspek pembangunan infrastruktur yang lebih pesat lagi. Katanya pembangkang seperti SAPP dan PKR hanya pandai berkata-kata diibaratkan seperti khabar indah dari rupa apa yang mereka boleh buat kalau menangpun yang jadi YB memang untunglah sebab saban bulan dapat gaji buta tetapi kepada para penyokongnya apa yang mereka boleh bagi. Kata Yahya, Yong memang pandai bermadah-madah semasa dia jadi Ketua Menteri apa yang dia sudah buat untuk rakyat Sabah kenapa sekarang mahu bela rakyat Sabah kenapa semasa ada jawatan nombor 1 dalam kabinet negeri semuanya tidak terfikir mahu bantu rakyat. --------------------------- RESPON : BN/UMNO MENIPU RAKYAT... BATU SAPI BUKAN MACAM KAWASAN MAJU DI SEMENANJUNG... PIMPINAN UMNO SABAH HADIR KETIKA P/RAYA SAHAJA... |