26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Tuesday, November 2, 2010

Batu Sapi: Cacatan ANWAR IBRAHIM

Posted on Tuesday, November 02 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis Isu Oleh: setisab

"Hal yang amat memprihatinkan adalah tahap kemiskinan ketara di kalangan ribuan keluarga di Batu Sapi dan kawasan sekitar Sandakan. Hasil balak dan royalti minyak mencecah berbilion ringgt. Namun di Kampung Gas, Kampung Bukara, Kampung Forest dan Pulau Singa yang kami lawati mempamerkan kehidupan merempat yang sungguh menyayat hati.

Sebentar tadi kami singgah di pasar BDC – luar biasa daif! Peniaga kecil Muslim mencari nafkah hidup tanpa sebarang prasarana dan pembelaan. Pemimpin UMNO yang sering melalak sebagai jaguh pembela Melayu perlu membeliak mata menyaksikan penganiayaan masyarakat yang dipinggirkan olih pemimpin mereka sendiri.

Kami sekadar menjelaskan dan mendoakan agar rakyat insaf dengan menolak keangkuhan dan rasuah BN. Saudara Ansari Abdullah diharap akan mendapat dukungan rakyat agar suara mereka akan dikumandangkan di Parlimen dan di seluruh negara.

ANWAR IBRAHIM
Batu Sapi, 1 November 2010 "

Khianat : Pejuang Usno perlu bersama PAS di SANDAKAN!



Rusli Yasmin   
SANDAKAN, 3 Nov: Keikhlasan Tun Datu Mustapha yang dikhianati oleh pemimpin Umno kononnya untuk membantu Usno memartabatkan umat Islam di Sabah sudah cukup menjadi sebab mengapa pejuang-pejuang Usno perlu bersama dengan PAS.

Justeru, Pemuda PAS Sabah mengajak semua ahli Usno yang masih teguh memperjuangkan masa depan umat Islam di Sabah.

Mereka sewajarnya keluar daripada Umno dan berganding bahu bersama PAS untuk merealisasikan cita-cita yang sama.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sabah, Salman Amin, sejarah perjuangan Usno (United Sabah National Organization) sebenarnya banyak memainkan peranan di dalam sejarah perkembangan umat Islam di Sabah.

Penubuhan Usia (United Sabah Islamic Assiciation) oleh Tun Datu Mustapha menjadi salah satu bukti kesungguhan beliau untuk memartabatkan Islam di bumi Sabah ini.

"Malangnya, kemasukan Umno yang dijangka boleh menjadi rakan untuk membantu umat Islam di Sabah bertindak sebaliknya dengan mengambil kesempatan ini untuk mematikan inspirasi perjuangan rakyat Sabah.

"Ketika itu rakyat di Sabah mungkin terpedaya dengan Islam yang ada pada Umno, padahal ia tidak menggambarkan jati diri seorang muslim sebenar mengikut Al-Quran dan as-Sunnah.

"Pemimpin Umno tidak serius membela umat Islam di Sabah kerana sibuk mengaut khazanah kekayaan bumi Sabah," ujar Salman.

Katanya, NGO-NGO Islam yang meninjau ke pedalaman Sabah melaporkan hampir 30 buah kampung terdedah kepada risiko murtad.

Malah di Sabah, ujarnya ada satu istilah iaitu 'kawasan selamat untuk murtad’.

Walaupun terdapat jabatan-jabatan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal umat Islam, pembangunan umat Islam di Sabah masih terlalu lemah.

"Ruang lingkup gerak kerja (jabatan-jabatan) ini telah dikawal sepenuhnya oleh pemimpin Umno sehingga membantutkan usaha mereka untuk membantu secara lebih meluas," ujar beliau.

Ini terbukti, kata Salman, apabila ramai di kalangan para ustaz tidak diberi kebenaran untuk menyatakan pendirian dan ramai yang diperkudakan agar tindakan pemimpin Umno dilihat mendapat sambutan dari badan-badan agama walaupun ia jelas bertentangan dengan Islam.

Ini, katanya berbeza dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah dan menjadi dasar perjuangannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS.

Tambahnya, bukti keazaman PAS untuk memartabatkan Islam tidak mengira bangsa dan keturunan boleh dilihat di Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah berubah walaupun ada di kalangan pemimpin PAS yang dipenjara malah ada yang dibunuh.

"Istilah PAS parti semenanjung tidak wujud kerana sepertimana Islam pernah menguasai 1/3 dunia tidak ada istilah Islam Arab, Islam Parsi atau Islam Eropah kerana semuanya bernaung di bawah sebuah sistem keadilan Islam," tambah beliau.

BN rampas Galas, kalah di Batu Sapi?

http://kalamperantau.wordpress.com/   
Ramalan saya supaya pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi serentak telah menjadi kenyataan. Pada 4hb. November 2010, pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan akan menentukan wakil rakrat mereka yang baru. 

Di  DUN N45 Galas, pertandingan satu lawan satu antara calon BN (UMNO) dan PR (PAS).  BN mengemukakan Abdul Aziz Yusof, Setiausaha UMNO Gua Musang dan PR pula menamakan Dr. Zulkifli Mohamad, Pemangku Yang Dipertua PA Gua Musang.  

Kerusi ini kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima (PAS).
Sebelum Che Hashim Sulaima (PAS) menawaskan Mohamad Saupi Deraman, calon BN pada pilihanraya umum 2008 dengan kelebihan 646 undi. Sebelum itu, kerusi ini adalah milik BN dan tidak pernah jatuh ketangan pembangkang, melainkan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995 sahaja kepada calon parti Melayu Semangat 46 yang di pimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Malah faktor  pengaruh Ku Li turut diakui oleh PAS yang telah ber”kubu” di sini sejak lebih 3 dekad lalu. Sekiranya Ku Li bertanding dalam pilihanraya kecil ini, PAS sanggup untuk tidak bertanding.

Kehebatan Ku Li yang sentiasa dijaja media adalah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS pada tahun 1978 melalui kerjasama UMNO-Berjasa dan kemudian sekali lagi berjaya merampas Kelantan pada tahun 1990 melalui kerjasama PAS-Semangat 46-Berjasa-Hamim.

Tetapi setelah membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada bulai Oktober 1996 dan menyertai UMNO semula pengaruh Ku Li semakin merosot. Dalam pilihanraya umum 2008, Ku Li gagal mengatasi undi yang diperolehi Dr Zulkifli Mohamad, calon PAS  di DUN Galas bagi pengundian parlimen Gua Musang.

Kekalahan BN di DUN galas dalam pilihanraya umum lalu bukanlah kerana kekuatan PAS di sini, tetapi lebih kepada faktor masalah dalaman UMNO yang wujud ekoran penyertaan semula Ku Li dan pengikutnya ke dalam UMNO Gua Musang.

Mengikut maklumat yang sampai kepada saya daripada beberapa pihak, peluang PAS dan UMNO dalam pilihanraya kecil ini adalah “50-50” tetapi kelebihan ada pada UMNO kerana kerusi ini merupakan kubu meraka sejak awal lagi.

Sungguhpun begitu peluang Dr Zulkifli memang kerusi ini tetap ada jika beliau berjaya menyakin orang asal dengan perjuangannya untuk membentuk Jawatankuasa Khas Orang Asal dan Urusetia Orang Asal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang asal di Galas ini.            

3 Penjuru di Batu Sapi

Manakala di Palimen Batu Sapi pula berlaku pertandingan 3 penjuru dalam pilihanraya kecil kali ini  diantara BN (PBS), PR (PKR) dan bekas komponen BN, SAPP. BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin (PBS) yang akan bersaing dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan peguam, Ansari Abdullah (PKR). Kesemua calon ini adalah dari luar Batu Sapi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Ir Edmund Chong Ket Wah (PBS) menang tidak bertanding dan dalam tahun 2008, beliau menewaskan calon bebas, Dr Chung Kwong Wing dengan majority 3,708 undi.    

Rekod PKR di kerusi ini tidak baik apabila gagal menghantarkan calon mereka dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 yang lepas. Peluang Ansari Abdullah bergantung penerimaan lebih 15,000 pengundi muslim di sini yang menjadi pengundi majoriti kerana pengundi Cina dijangka akan lari kepada Yong Teck Lee, Presiden SAPP.

Malah mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, pengundi-pengundi yang menolak calon BN di sini bersedia memberikan peluang kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu mewakili mereka dalam pilihanraya kecil kali ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, setelah 11 PRK diadakan selepas PRU ke-12 pada 2008 lalu, Sembilan daripadanya diadakan dalam era pemerintahan Najib Tun Razak. Semuanya kekal kepada status quo, melainkan Kuala Terengganu jatuh kepada PR (PAS), Hulu Selangor kembali kepada BN (MIC) dan Sibu jatuh kepada PR (DAP).

 Jika kekalahan BN di Batu Sapi benar-benar terjadi, satu lagi musibah yang akan dihadapi BN Sabah selepas ini setelah BN Sarawak juga sudah tidak semantap dulu lagi bila BN (SUPP) gagal mempertahankan kerusi parlimen Sibu pada Mei lepas kepada DAP.

Adalah lebih baik BN melipatgandakan usaha mempertahankan Batu Sapi dari menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka merampas Galas. Pilihanraya kecil serentak pada April, 2009 sebelum ini pun menyaksikan BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, PKR mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau dan PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Apa pun, kita tunggu dan lihat keputusan kebijaksanaan pengundi-pengundi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi pada 4hb. November, 2010 ini. Apakah kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen mulai 2hb. November semalam memberikan kesan kepada rakyat untuk tidak lagi yakin kepada BN menjaga kebajikan rakyat?

KEMPEN DI TAMAN MAWAR, BATU SAPI, SANDAKAN JAM 9 PAGI TADI 3/11/2010...

 BERCERAMAH SAMBIL MENUNGGU KETIBAAN DS ANWAR

 SDR SALMAN- KETUA PENERANGAN PEMUDA NEGERI
 SIAP UNTUK MEMBUAT HEBAHAN PROGRAM

 FLAT TAMAN SRI MAWAR

 SALAH SEBUAH KEDAI RUNCIT YANG WUJUD DI SINI

 SDR LAHIRUL MEMULAKAN LANGKAH BERUCAP 'MEMANASKAN SUASANA'

 ANTARA YANG HADIR TERMASUK KANAK-KANAK

 SUASANA...

 MELAYANI PENDUDUK SAMBIL MEMBUAT PENERANGAN...


 DS ANWAR TIBA.. 

 DS ANWAR BERUCAP..

 KATA-KATANYA DIAMATI..

 SENTUHAN MANTAN TPM INI SEHARUSNYA DIAMBIL BERAT..

 DOAKAN RAKYAT MENYOKONG!

 ANTARA RISALAH 'KARTUN' YANG DIKELUARKAN OLEH BN

 SDR KASMAN- TAWAU-TURUT BERUCAP MEMANASKAN SUASANA..

 HARAP-HARAP RAMAI AKAN LAHIR BAKAT BEGINI..

 KERJASAMA PENDUDUK AMAT DIHARGAI..

 DS ANWAR BERSALAMAN MENINGGALKAN PROGRAM

 MAKCIK-MAKCIK BERKETURUNAN CINA ANTARA YANG HADIR..

 PETUGAS MUSLIMAT PAS SABAH JUGA HADIR..

 KETIBAAN DS DR WAN AZIZAH..

KETIBAAN PIMPINAN AMAT DINANTIKAN..

 INILAH LOKASI PASTI TAMAN SRI MAWAR..

 DIFAHAMKAN BILANGAN PELAJAR SEKITAR 50 ORANG BELAJAR DI SINI..


 DS DR WAN AZIZAH BERSAMA KETUA MUSLIMAT PAS SABAH SEDANG BERBUAL DI HADAPAN PENDUDUK...

 ANTARA KAUM IBU YANG HADIR DALAM JAMUAN MAKAN PAGI/SARAPAN PAGI BERSAMA DS DR WAN AZIZAH..

 SOKONGAN YANG CUKUP BAIK!

 TPJ PAS SABAH BERUCAP...

 SETPOL MB SELANGOR YANG PETAH..

 MEMBUKA MATA MEMBUKA MINDA!

 DS DR WAN AZIZAH BERPANAS BERSAMA-SAMA..

 SABARR...

 KOMITMEN...

 PETUGAS PKR SIBUK...

 KEMAS DAN BERGAYA SEKALI PETUGAS PKR INI.. HARAP KEMAS JUGA DALAM TINDAKAN...


 UCAPAN SULUNG DI SINI...

 BERILAH PELUANG!

TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEJUANG PAS SABAH DAN PR SABAH! 

SIAPA LAGI MAHU BUAT KERJA KALAU TAK KITA-KITA SAJA!!!

1014 Pegundi Pos Batu Sapi telah Mengundi

SUMBER

Posted by admin | Wednesday, November 3, 2010


SANDAKAN: Pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi bermula hari ini (2/11/2010) melibatkan 1,014 pengundi pos terdiri anggota polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mereka adalah antara 1,615 pengundi pos bagi pilihan raya kecil itu, dengan 601 lagi membabitkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang layak untuk mengundi esok.

"Sehingga 11 pagi tadi, proses undi pos di tiga pusat undi pos berjalan lancar," kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Mohd Hamsan Awang Supain ketika ditemui pemberita di pusat undi pos bagi petugas SPR di Pejabat Majlis Perbandanran Sandakan di sini.

Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am mengundi di Pejabat PGA di Karamunting, anggota polis lain di Pusat Giat Mara Sandakan dan petugas SPR di Pejabat Majlis Perbandaran Sandakan.

Anggota TLDM akan mengundi esok di Taman Samudera di Batu 5 di Jalan Labuk.

Mohd Hamsan berkata undi pos bagi petugas SPR adalah dari 8 pagi hingga 4 petang manakala undi pos bagi anggota polis adalah dari 9 pagi hingga 4 petang.

Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi pada Khamis ini di 12 pusat mengundi.

Pilihan raya kecil itu melibatkan Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Barisan Nasional, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat. -BERNAMA





JALAN DITURAP... SEMPENA PRK BATU SAPI...




 PARA PEKERJA SIBUK MENYIAPKAN GARISAN PUTIH DI JALAN BATU SAPI... TAR JUGA KELIHATAN BARU.. SEGALA-GALA YANG BERLAKU PADA SAAT INI HANYA SEBAGAI 'DRAMA KEBAIKAN' UMNO...

RAKYAT YANG BIJAK... UBAHLAH KERAJAAN PENIPU INI!!!