26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Thursday, November 4, 2010

RAKYAT IKTIRAF KEPIMPINAN NAJIB (SABAHKINI.NET)

PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 05 November 2010 00:58
Share

KEMENANGAN besar calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan merupakan pengiktirafan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan itu juga bukan sahaja amat istimewa kepada Najib tetapi juga pengiktirafan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Inilah satu keputusan yang amat istimewa kepada Perdana Menteri kita. Kita ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Perdana Menteri. Pastinya ini adalah kemenangan yang cukup bermakna di atas kepimpinan beliau yang saya kira sudah diterima (rakyat).

"Gagasan 1Malaysia diterima. Segala usaha-usaha pembangunan yang telah diperkenalkan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah diambil oleh Najib.

"Saya anggap ini satu pengiktirafan terhadap segala yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri kita," katanya kepada pemberita selepas keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diumumkan di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, Khamis malam.
Calon BN di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi setelah meraih 9,773 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperoleh 3,414 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 2,031 undi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi.

Menurut Muhyiddin, kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas juga menunjukkan trend perubahan ketara sokongan rakyat kepada BN apabila keputusan-keputusan peti undi menunjukkan bahawa BN bukan sahaja mendapat sokongan kuat daripada bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi juga sokongan ketara daripada pengundi Cina dan lain-lain.

"Seperkara yang jelas di sini ialah rakyat di Batu Sapi saya lihat bukan sahaja menyokong BN tetapi masih mahukan BN berperanan lebih ke depan lagi untuk membela nasib mereka.

"Saya telah bincang dengan Ketua Menteri Menteri Sabah bahawa apa sahaja janji telah kita buat akan kita laksanakan di bawah satu jawatankuasa yang dipantau sendiri oleh beliau.

"Ini adalah jaminan yang telah kita persetujui dan akan dipenuhi seratus-peratus, InsyaAllah. Inilah satu perkembangan yang sangat signifikan selepas sahaja banyak perubahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan," kata Muhyiddin.

Menurut Muhyididn keputusan pilihan raya Batu Sapi juga merupakan justifikasi kepada penolakan rakyat terhadap pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang ketika berkempen termasuk isu 'Sabah For Sabahan' dan autonomi Sabah jelas ditolak rakyat Sabah.


"Satu perkembangan menunjukkan bahawa rakyat Sabah menerima mereka adalah sebahagian daripada seluruh rakyat 1Malaysia ini," katanya.
Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang menyokong BN dan Musa dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing merupakan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya BN di Batu Sapi yang begitu gigih bekerja hingga mencapai kejayaan.
Selain itu Muhyiddin turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengarah jentera pilihan raya kecil Dun Galas Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalannya Datuk Seri Mustapa Mohamed serta seluruh jentera BN di Galas atas usaha gigih mereka sehingga mencapai kejayaan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak pasukan keselamatan yang telah berusaha memastikan proses pilihan raya berjalan dengan licin dan berjaya," katanya. (BERNAMA)

Batu Sapi, Galas milik BN - malaysiakini.com/bm



Nov 4, 10 8:13pm
Kongsi 207
Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.


Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372. 

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan. 

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.


Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi. 

Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.
Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang. 

Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.
Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.
Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.
Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh

KANAK-KANAK MISKIN DAN RAKYAT MARHAIN BERSAMA PAKATAN..



DOAKAN KAMI WAHAI YANG TERTINDAS!!!

MEREKA ADALAH RAKYAT YANG TINGGAL DI KAWASAN SEKITAR... DOKUMEN MEREKA 'BELUM OK' LAGI...

PANORAMA KEMPEN DI BATU SAPI! REAL DARI BATU SAPI...

 PETUGAS PAS DI ZON MERAYU..

 TEAM UMNO MERAYU.. ADA YANG MENARIK PENGUNDI.. 

 SELAMANYA BN? LIHATLAH NANTI!!! KELIHATAN SDR ROSLI - KETAYAP PUTIH- SEDANG MERAYU UNDI...


 SDR DARAMANSAH- KIRI MENGEPALAI KATA-KATA SEMANGAT... T-SHIRT AKU BANGGA BERSAMA PAKATAN RAKYAT- YANG DIPAKAI RUDI-MENAIKKAN SEMANGAT PETUGAS!

 LAWAN UMNO! HIDUP-HIDUP! HIDUP RAKYAT!

 KELIHATAN PETUGAS PAS DAN PR DI KHEMAH YANG DIBINA SEMENTARA HUJAN...

KENANGAN DI BATU SAPI... INILAH TUGAS KAMI!

KITA DOAKAN PR MENANG..

JANGKAAN TERKINI 50-50 ANTARA BN DAN PAKATAN RAKYAT!!!

DIJANGKA PERATUS MENGUNDI SEKITAR 60% SAHAJA!!!

JIKA UNDI KAUM CINA MENINGKAT, BESAR KEMUNGKINAN PAKATAN MENANG!!!

Wednesday, November 3, 2010

BANGUNAN UZUR DAN USANG DI BATU SAPI?



SIAPA YANG AKAN PRIHATIN?

KAMPONG PERPADUAN BDC KINI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR... JASA HJ ANSARI {PEGUAM) CALON DI BATU SAPI MEMBELA PENDUDUK


KINI- HOTEL DAN PEMBANGUNAN AKAN DIBINA DI SINI... DAHULU PENDUDUK BDC DIHALAU KELUAR DARI RUMAH TAHUN 2002.. PEGUAM KES MASA ITU HJ ANSARI.. CALON BATU SAPI PRK 2010!!!

INGATLAH!!!!

KEMPEN DI SRJK (C) YU CHUAN, SANDAKAN

 SESAK...DEWAN... BAYANGAN KEMENANGAN!


 BUKAN PENIPUAN!!!

 ANDA SAKSIKAN!!!

 INILAH PARTI - PAKATAN RAKYATYANG AKAN MEMBELA RAKYAT!!!

 YB DS NIZAR CUKUP GLAMOUR DI SANDAKAN! NAMANYA KINI MENITI DI BIBIR!

 LAGU 'CINA' YANG DIBAWANYA MENARIK DAN MERUNTUN JIWA RAKAN BERBANGSA CINA!!! 

LAGU : BULAN MENJADI SAKSI JANJIKU PADAMU PADA MALAM INI!

LAGU 'CINTA'... TOP DI DUNIA!

DATUK CHUA JUI MENG DAN YB ELIZABETH DENGAN WARGA KERJA AMK KEADILAN, PAK YAZID JUGA BERGAMBAR...