26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Saturday, October 30, 2010

Shahrizat Ajak Pengundi Terus Sokong BN. BN jaga hal kepentingan dan iktiraf kaum wanita???


 
SANDAKAN, 30 Okt. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru rakyat khususnya para pengundi di Batu Sapi untuk terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, dengan pencalonan Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calon BN yang akan mempertahankan kawasan parlimen tersebut maka bermakna satu lagi penghargaan diberikan oleh BN kepada wanita di Sabah.

“Tokoh-tokoh dari Sabah memang ramai dan tidak kurang hebatnya memperjuangkan kemajuan dan kebajikan masyarakat di sini,” katanya dalam Program Temu-temu Mesra di Kampung Baru Karamunting, di sini.

Katanya, dengan pelantikan Linda sebagai calon maka satu lagi pengiktirafan diberikan yang membuktikan bahawa kemampuan wanita tidak pernah dinafikan oleh Kerajaan.

Kerajaan mengiktiraf kebolehan wanita sebagai ketua dan pemimpin malahan kekuatan Linda Tsen ini adalah satu semangat untuk kita sama-sama memberi sokongan kepada beliau dalam hasrat menyambung usaha yang telah dilakukan oleh mendiang suaminya,” katanya.
----------------------------------------
mata-mata : isu jenayah melibatkan kamu wanita tak kurang banyaknya di Malaysia sejak akhir-akhir ini... apakah rakyat di Batu Sapi merasakan jenayah tersebut terjadi dengan kesilapan rakyat semata-mata? ataupon ada salah dan silap pihak 'berkuasa'???

No comments:

Post a Comment