26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Monday, October 25, 2010

UMNO/BN MULA GUSAR DI BATU SAPI

Batu Sapi,Isnin : Belum pun hari penamaan calon bermula untuk Pilihan Raya P185,Batu Sapi UMNO/BN sudah memulakan kempen mereka di kawasan berkenaan.Semalam Ketua menteri Sabah Dato Sri Panglima Musa Aman telah mengumumkan bantuan segera kepada Sekolah persendirian Cina termasuk sekolah menengah dan pra-sekolah sebanyak 1.6juta ringgit,2.54 juta  Badan Agama bukan Islam manakala 1.39 juta diperuntukkan untuk tokong-tokong Cina dan 1.1 juta untuk gereja serta RM50 ribu ringgit diperuntukkan untuk kuil-kuil.

Manakala tinjuan yang dibuat di sekitar P185 Batu sapi pagi tadi juga melihat petugas-petugas UMNO/BN sudah mula memacakkan bendera parti mereka di beberapa tempat di kawasan parlimen berkenaan.


Nampak sangat Musa Aman gusar melihat sokongan luar biasa yang diberikan oleh rakyat di Sandakan kepada Pakatan rakyat yang diterajui oleh PAS,PKR dan DAP sejak akhir-akhir ini. Jumlah ribuan manusia yang hadir di majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat hari Ahad tadi adalah petanda awal bahawa kali ini rakyat Sabah khususnya di Batu Sapi akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih calon  yang akan membela nasib mereka dan bukan pemimpin yang sibuk mengenyangkan perut mereka dan kroni-kroni mereka sahaja.Perubahan akan dilakukan oleh rakyat di Batu Sapi,insyaAllah.. 

1 comment:

  1. tiba-tiba duit banyak... jalan nak masuk Sandakan teruk.. berapa lama dah UMNo memerintah?

    ReplyDelete