26 OKT PENAMAAN CALON!

26 OKT PENAMAAN CALON!

Saturday, October 30, 2010

RM5 Juta Untuk Masjid Baru Batu Sapi. Banyak pulak duit? sebelum ni mana duit tu?

sumber
SANDAKAN, 30 Okt – Peruntukan sejumlah RM5 juta diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Peruntukan tersebut diberikan bagi membina semula Masjid As-Saadah di Kampung Lupak Meluas ekoran keadaannya yang uzur dan dikatakan telah berusia sekitar 30 tahun
.

Beliau berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

“Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan,” katanya.

Dalam satu majlis berlainan, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM285,000 kepada masjid tertua di Sandakan iaitu Masjid Jame ‘as Syeih Hasbollah At-Tohiri.
-----------------------------
mata - mata : DI MANA KEKAYAAN SABAH SELAMA INI??

No comments:

Post a Comment